Sunday, November 2, 2008

Perkembangan terkini SRIAAKT, Syukran Semua

Salam
Menemui sahabat seperjuangan semoga dalam amal yang berterusan. Di sini ana ingin memaklumkan perkembangan terkini SRIAAKT. Alhamdulillah, pembangunan kini giat berlangsung dan telah lebih kurang 75% siap. Atap dan dinding telahpun dipasang dan kini dalam proses pem plus an (disimenkan) .
Selepas ini hanya tinggal proses penyempurnaan, decorate, wiring, lampu dan kipas, air, pagar dan penurapan jalan. Kemudian barulah bermula proses penyelenggaraan kelas dan sekolah. Ibarat katanya, harapan untuk memulakan sesi pembelajaran kat sana awal januari 2009 ini kini semakin cerah.
Baru2 ni pula seorang parent dengan bermurah hati mendermakan rumahnya di kampung Paloh sebagai surau sekolah. Kalau ada keajaiban macam sahabat Nabi Sulaiman tu, rasa-rasanya tak jadi masalah untuk menerbangkan rumah tu ke tapak sekolah. namun secara realitinya, rumah itu perlu dirobohkan dan kayu2 dan peralatannya (termasuk kipas, lampu dan semua sekali) akan dipindahkan ke tapak sekolah pada bulan 12 ni. Jesteru itu, sebahagian lagi tanah di tapak sekolah perlu ditambakkan agar samarata dengan paras sekolah. Lebih kurang 80m persegi.
Oleh kerana itu, sahabat2 sekalian, projek pembinan SRIAAKT kini terus mengharapkan perhatian dan sumbangan dari antum semua yang melibatkan kos hampir 400k lagi iaitu:
1. Penambakan tanah setinggi 5 kaki (lebih kurang 200 buah lori
2. Penyermpuraan bangunan sekolah dan tandas
3. Penurapan jalan utama (dari tokong cina masuk ke sekolah - lebih kurang 200m
3. Peralatan sekolah - kipas, mangkuk tandas, lampu, paip2 air,
4. Proses wyring dan air
5. Proses membina surau ( pemindahan dan pembinaan surau tersebut) - dijangka kami akan membina surau dua tingkat di tapak tersebut.
Segala derma boleh didermakan secara umum kepada projek sekolah ini ataupun boleh dinyatakan khusus samaada untuk peralatan, penambakan tanah, wiring, jalan, surau dan sebagainya.
Pihak ALP telah membuka satu akaun maybank khas untuk projek pembinaan ini, memandangkan ia lebih meluas dan menyenangkan. Oleh itu , segala sumbangan bolehlah di berikan kepada akaun2 di bawah ini
a. Akaun BIMB JIMKT Pembangunan : 13017010074183
b. Akaun Maybank JIM K Trg : 563064116237

Cara yang mudah untuk menyumbangkan sumbangan anda ialah dengan transfer melalui www.maybank2u. com , juga melalui www.bankislam. biz.com
Sekian dimaklumkan

Munawwar Mohammad
Guru Besar
SRI Al Amin Kuala Terengganu
abuusaid@yahoo.com

2 comments:

Labu said...

Saya dah tak yakin lagi dengan seruan bayar zakat. Resit zakat sangat susah nak dapat dan terlalu lama..

Bayaran pulangan balik yang diminta dan dijanjikan nak beri juga tak dapat balik, walau berkali ulang ingat dan tanya, namun masih tak bagi juga.

Apa sudah jadi kalu macam ini? Islam kan kemas dan telus?

Minta renung kembali dan sesunggunya Allah melihat dan mengetahui apa yang kita lakukan..

Labu..

sufi.mardhatillah said...

Kepada labu. Ana rasa mungkin kes labu ni agak terpencil kerana seingat ana, bayaran2 zakat yang dibayar melalui SRIAAKT telah dilangsaikan dan resitnya telahpun diberikan kepada empunyanya. Jika ada masalah apa-apa, boleh terus hubungi ana di talian 0139273557. Tak elok kita mengutuk apa yang mungkin hanya persepsi dan prejudis kita sendiri. tq