Wednesday, December 31, 2008

Palestin Di Hati Umat Islam!!

Saban tahun perayaan tahun baru bagi sesuatu umat disambut dengan gilang gemilang. Tetapi tidak bagi ummat Islam. Awal tahun baru hjrah 1430H menyaksikan satu lagi tindakan biadap rejim zionis Israel. Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehinggaterputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi serangan bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam.

Bilangan orang awam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah hampir 350 orang dan 1500 orang mengalami kecederaan. Bilangan kematian dikalangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan oleh Israeltanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan. Bahkan pasukan darat tentera Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan melancarkan serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentu ini akanmeningkatkan lagi kemusnahan, dan kematian di kalangan penduduk Gaza.Dakwaan Isreal bahawa serangan terbaru ini adalah merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri adalah satu pembohongan.

Umat Islam dan rakyat Malaysia digesa supaya tidak terpengaruh dengan media barat dan kenyataan pemimpin-pemimpin US, Israel, Mesir dan pihak berkuasa Palestin yang terus mengelak dari membicarakan isu sebenar di belakang penentangan rakyat Gaza dan Palestin. Hakikatnya Israel telah menutup sempadan Gaza dan menghalang bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bentuan kemanusiaan. Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudahsampai ke tahap di mana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan. Dengan ini tindak-tanduk rakyat Palestin adalah selari dengan Konvensyen Geneva yang merestui hak mereka untuk mempertahankan diri dari pencerobohan asing dan pendudukan haram oleh mana-mana pihak.Kita juga membidas sikap kepura-puraan negara Islam/Arab.



Kejujuran kerajaan Mesir dipersoalkan kerana mendakwa mereka bersedia untuk mengizinkan rakyat Gaza yang tercedera di bawa masuk melalui sempadan Rafah bagi menerima rawatan. Tetapi sehingga saat ini tidak ada rakyat Gaza yang dibenarkan untuk memasuki Mesir kerana dihalang oleh pasukan keselamatan Mesir. Apabila bantahan dibuat kepada Menteri Dalam negeri Mesir beliau 'berjanji' untuk menyiasat perkara ini. Soalnya apakah Mesir mengambil sikap membela saudara-saudaranya di Gaza atau tunduk kepada arahan Tel Aviv/USA?
AYUH!! BERILAH SUMBANGAN ANDA UNTUK PALESTIN!

Tuesday, December 2, 2008

SRI AL AMIN KT Dilanda Banjir !!

Tahun 2008 mencatatkan peristiwa yang agak jarang dialami masyarakat Kampung Padang Air. Kampung ini dilanda bah besar dek hujan yang tak henti henti selama 3 hari yang lalu. Jadi semua tempat tadahan hujan dipenuhi menyebabkan melimpah membanjiri seluruh kawasan berdekatan.


Surau SRIAAKT dinaiki air sehingga paras lutut (paras maksima dicatatkan pada hari selasa yang lalu). Kelas tingkat bawah sehingga paras peha. Meja guru dan pelajar, almari separuh rosak dibaham air, Juga terlibat buku-buku, al-Quran, ma'thurat dan lainlain.Hari ini air masih berada ditahap lutut di dalam kelas bawah manakala surau alhamdulilah telah kering.


Meja dan semua peralatan dipindahkan ke surau pada pagi tadi. Testimoni dari penduduk setempat, menyatakan bahawa hatta pada bah besar 1986 dahulupun tak pernah air naik ke surau. Ini dah kira fenomena luarbiasa di kawasan ini.
Kereta kereta penduduk masih lagi diletakkan di kawasan luar yang agak tinggi dan sampai sekarang masih belum dapat dilalui. Air separas tengah peha.


Doakan semua terkawal dan selamat.
hj Munawwar hj mohamad
Guru Besar
SRIAAKT