Wednesday, December 31, 2008

Palestin Di Hati Umat Islam!!

Saban tahun perayaan tahun baru bagi sesuatu umat disambut dengan gilang gemilang. Tetapi tidak bagi ummat Islam. Awal tahun baru hjrah 1430H menyaksikan satu lagi tindakan biadap rejim zionis Israel. Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehinggaterputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi serangan bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam.

Bilangan orang awam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah hampir 350 orang dan 1500 orang mengalami kecederaan. Bilangan kematian dikalangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan oleh Israeltanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan. Bahkan pasukan darat tentera Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan melancarkan serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentu ini akanmeningkatkan lagi kemusnahan, dan kematian di kalangan penduduk Gaza.Dakwaan Isreal bahawa serangan terbaru ini adalah merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri adalah satu pembohongan.

Umat Islam dan rakyat Malaysia digesa supaya tidak terpengaruh dengan media barat dan kenyataan pemimpin-pemimpin US, Israel, Mesir dan pihak berkuasa Palestin yang terus mengelak dari membicarakan isu sebenar di belakang penentangan rakyat Gaza dan Palestin. Hakikatnya Israel telah menutup sempadan Gaza dan menghalang bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bentuan kemanusiaan. Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudahsampai ke tahap di mana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan. Dengan ini tindak-tanduk rakyat Palestin adalah selari dengan Konvensyen Geneva yang merestui hak mereka untuk mempertahankan diri dari pencerobohan asing dan pendudukan haram oleh mana-mana pihak.Kita juga membidas sikap kepura-puraan negara Islam/Arab.



Kejujuran kerajaan Mesir dipersoalkan kerana mendakwa mereka bersedia untuk mengizinkan rakyat Gaza yang tercedera di bawa masuk melalui sempadan Rafah bagi menerima rawatan. Tetapi sehingga saat ini tidak ada rakyat Gaza yang dibenarkan untuk memasuki Mesir kerana dihalang oleh pasukan keselamatan Mesir. Apabila bantahan dibuat kepada Menteri Dalam negeri Mesir beliau 'berjanji' untuk menyiasat perkara ini. Soalnya apakah Mesir mengambil sikap membela saudara-saudaranya di Gaza atau tunduk kepada arahan Tel Aviv/USA?
AYUH!! BERILAH SUMBANGAN ANDA UNTUK PALESTIN!

Tuesday, December 2, 2008

SRI AL AMIN KT Dilanda Banjir !!

Tahun 2008 mencatatkan peristiwa yang agak jarang dialami masyarakat Kampung Padang Air. Kampung ini dilanda bah besar dek hujan yang tak henti henti selama 3 hari yang lalu. Jadi semua tempat tadahan hujan dipenuhi menyebabkan melimpah membanjiri seluruh kawasan berdekatan.


Surau SRIAAKT dinaiki air sehingga paras lutut (paras maksima dicatatkan pada hari selasa yang lalu). Kelas tingkat bawah sehingga paras peha. Meja guru dan pelajar, almari separuh rosak dibaham air, Juga terlibat buku-buku, al-Quran, ma'thurat dan lainlain.Hari ini air masih berada ditahap lutut di dalam kelas bawah manakala surau alhamdulilah telah kering.


Meja dan semua peralatan dipindahkan ke surau pada pagi tadi. Testimoni dari penduduk setempat, menyatakan bahawa hatta pada bah besar 1986 dahulupun tak pernah air naik ke surau. Ini dah kira fenomena luarbiasa di kawasan ini.
Kereta kereta penduduk masih lagi diletakkan di kawasan luar yang agak tinggi dan sampai sekarang masih belum dapat dilalui. Air separas tengah peha.


Doakan semua terkawal dan selamat.
hj Munawwar hj mohamad
Guru Besar
SRIAAKT

Tuesday, November 4, 2008

Majlis Ihtifal SRIAAKT

Majlis Ihtifal SRIAAKT akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 15 November 2008
Tempat : Kuala Terengganu Golf Resort, Tok Jembal
Masa : 8.30 hingga 12 tengahari
Perasmi : Ybhg Tuan Haji Zulkifli bin Ali

Semua dijemput hadir.

Untuk membuat sumbangan, sila majukan sumbangan anda kepada salah satu akaun berikut :

1. Akaun Maybank : 5630 6411 6237
(atas nama : JIM Kuala Terengganu)
2. Bank Islam : 1301 7010 0741 83
(atas nama : JIMKT Pembangunan SRIAAKT)

Sebarang maklumat tambahan, boleh menghubungi setiausaha JIM KT, Jalaludin Adam (019-9864471) atau Guru Besar SRIAAKT, Ust Munawwar Mohammad (013-927 3557).

Selamat Menderma!

Jazakallahu khairan Katheera.

Sunday, November 2, 2008

Perkembangan terkini SRIAAKT, Syukran Semua

Salam
Menemui sahabat seperjuangan semoga dalam amal yang berterusan. Di sini ana ingin memaklumkan perkembangan terkini SRIAAKT. Alhamdulillah, pembangunan kini giat berlangsung dan telah lebih kurang 75% siap. Atap dan dinding telahpun dipasang dan kini dalam proses pem plus an (disimenkan) .
Selepas ini hanya tinggal proses penyempurnaan, decorate, wiring, lampu dan kipas, air, pagar dan penurapan jalan. Kemudian barulah bermula proses penyelenggaraan kelas dan sekolah. Ibarat katanya, harapan untuk memulakan sesi pembelajaran kat sana awal januari 2009 ini kini semakin cerah.
Baru2 ni pula seorang parent dengan bermurah hati mendermakan rumahnya di kampung Paloh sebagai surau sekolah. Kalau ada keajaiban macam sahabat Nabi Sulaiman tu, rasa-rasanya tak jadi masalah untuk menerbangkan rumah tu ke tapak sekolah. namun secara realitinya, rumah itu perlu dirobohkan dan kayu2 dan peralatannya (termasuk kipas, lampu dan semua sekali) akan dipindahkan ke tapak sekolah pada bulan 12 ni. Jesteru itu, sebahagian lagi tanah di tapak sekolah perlu ditambakkan agar samarata dengan paras sekolah. Lebih kurang 80m persegi.
Oleh kerana itu, sahabat2 sekalian, projek pembinan SRIAAKT kini terus mengharapkan perhatian dan sumbangan dari antum semua yang melibatkan kos hampir 400k lagi iaitu:
1. Penambakan tanah setinggi 5 kaki (lebih kurang 200 buah lori
2. Penyermpuraan bangunan sekolah dan tandas
3. Penurapan jalan utama (dari tokong cina masuk ke sekolah - lebih kurang 200m
3. Peralatan sekolah - kipas, mangkuk tandas, lampu, paip2 air,
4. Proses wyring dan air
5. Proses membina surau ( pemindahan dan pembinaan surau tersebut) - dijangka kami akan membina surau dua tingkat di tapak tersebut.
Segala derma boleh didermakan secara umum kepada projek sekolah ini ataupun boleh dinyatakan khusus samaada untuk peralatan, penambakan tanah, wiring, jalan, surau dan sebagainya.
Pihak ALP telah membuka satu akaun maybank khas untuk projek pembinaan ini, memandangkan ia lebih meluas dan menyenangkan. Oleh itu , segala sumbangan bolehlah di berikan kepada akaun2 di bawah ini
a. Akaun BIMB JIMKT Pembangunan : 13017010074183
b. Akaun Maybank JIM K Trg : 563064116237

Cara yang mudah untuk menyumbangkan sumbangan anda ialah dengan transfer melalui www.maybank2u. com , juga melalui www.bankislam. biz.com
Sekian dimaklumkan

Munawwar Mohammad
Guru Besar
SRI Al Amin Kuala Terengganu
abuusaid@yahoo.com

Monday, September 15, 2008

Rayuan Derma untuk Pembinaan Sek Ren Islam Al Amin Kuala Terengganu.


Asalamulaikum,

Alhamdulillah bangunan kekal Sekolah Rendah Islam Al Amin KT (SRIAAKT) telah dimulakan pembangunannya sehingga kini 50% sudah siap.

Pihak SRIAAKT masih memerlukan sumbangan dermawan untuk meneruskan projek supaya bangunan sekolah boleh digunakan oleh anak-anak pada sesi pengajian tahun hadapan.
Dianggarkan JIM Kuala Terengganu masih memerlukan RM600,000.00. Rebutlah untuk beramal di bulan yang mulia ini.

"Syurga itu adalah negeri bagi para dermawan" hadis riwayat ibnu 'Adi.

BIMB 13017010074183 "JIMKT Pembangunan SRIAAKT"

Sekian wassalam

Jalaluddin Adam

SU JIMKT
Tel : 019-9864471