Thursday, January 7, 2010
Pembinaan Surau SRIAAKT
JIM Kuala Terengganu mengalu-alukan sumbangan untuk surau SRIAAKT. SRIAAKT juga membuat soft launch kempen setiap agen mendapatkan RM1000 untuk surau bermula 1 jan baru lalu dan alhamdulillah setakat ini sudah ada dua orang agen yang telah melepasi had seribu tu. Alhamdulilah, dalam 2 minggu ni, fasa pertama akan siap dan boleh digunakan (tingkat bawah) - tapi masih memerlukan tyle dan aircond ( jika ada nak sumbang). Fasa kedua boleh dimulakan selepas itu tetapi masih kekurangan 20 ribu lagi. Diharap dalam sebulan ni dapat kumpulkan jumlah tu agar proses tidak terbantut.
Sekian dimaklumkan.
Guru Besar
SRIAAKT
Wednesday, July 22, 2009
MESYUARAT AGUNG DAERAH
Tiba saatnya kita bermesyuarat agung sekali lagi. mesyuarat ini amat penting bagi ahli yang merasakan dirinya bertanggungjawab kepada Jamaah, dan ingin berbakti tanpa upah untuk membangunkan ummah. Kepada ahli-ahli sebegini, ahlan wa sahlan, kedatanganmu dinantikan dan semarakkanlah MAD dan MAWD kita dengan komitmen dan idea hebat kalian.
Pengerusi dan AJK JIM daerah Kuala Terengganu berharap agar MAD kita kali ini akan lebih berjaya dan bersemarak dari tahun-tahun yang lepas dan marilah sama-sama kita buktikannya.
Allahuakbar
BERSAMA ISLAM MEMBINA MASYARAKAT.
Monday, May 4, 2009
MALAM AMAL AL-AMIN KE 2
Wednesday, April 29, 2009
KARNIVAL SUKAN NEGERI 2009
Pasukan KT awal-awal lagi melaungkan amaran kepada pencabarnya agar bersiap sedia dismash dan dibedil oleh ketangkasan pemain-pemainnya. Namun nampaknya Kemaman sedang menajamkan kukunya dengan penyertaan ramai pemaain2 berbakat diketuai oleh Uncel Muzahar. Sementara Dungun dilihat bersifat underdog yang lebih gemar menunjukkan aksi di gelanggang dan bukan di medan maya. Mungkin mereka telah menyediakan strategi yang cukup ampun yang akan menenggelamkan keriuhan KT dan Kemaman. Sama-samalah kita saksikan kesudahannya nanti.
Secara umumnya, semoga Karnival ini berjalan lancar dan disertai oleh ramai athlit2 ikhwah. Jadikan ia antara program yang meriah dan mendapat sambutan walaupun kekangan amal kita di sana dan di sini. Ambillah kata-kata Imam Al-Banna: Riadhah kita adalah untuk mendidik jiwa dan bukan meninggikan kepala.
Ar-Ruhul Jadid Fi Jasadil Ummah
Hai Mujahid Luluh lantakkan jiwa pendosa
kami semangat baru
siap sedia menghancur musuh-musuh
kami tentera Allah
Sanggup korbankan harta bahkan jiwa.
Allahuakbar
Monday, April 27, 2009
HARI SUKAN SRIAAKT 2009
Monday, April 6, 2009
Sah Datuk Seri Najib Perdana Menteri Ke-6
Kenyataan Media Rasmi JIM
Jumaat 3 April 2009
Sah Datuk Seri Najib Perdana Menteri Ke-6
Pada hari ini Malaysia mendapat Perdana Menterinya yang keenam. Peralihan kepemimpinan berjalan dengan lancar. Proses kerajaan mencari rentak baru selepas gegaran pilihanraya umum 2008 masuk ke fasa yang baru.
Umum akan mengucapkan tahniah dan menyambut baik Perdana Menteri yang baru. Apa jua tanggapan lalu biasanya digantung untuk memberi peluang PM baru menetapkan gaya dan dasar kepemimpinannya. . Inilah peluang memisahkan diri dari sejarah lampau dan menempa lembaran baru.
JIM berharap Datuk Seri Najib menjalankan pemerintahan dengan adil berlandaskan matan dan semangat Perlembagaan. JIM ingin mengingatkan bahawa Perlembagaan itu telah meletakkan kedudukan yang tinggi kepada agama Islam sehingga hanya dengan memelihara agama Islam perlembagaan negara dapat dilaksanakan. Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan dirinya sebagai “undang-undang utama Persekutuan” [Perkara 4 (1)] mengukuhkan lagi kedudukan Islam kerana terkandung di dalam Perlembagaan itu, dan disebut terlebih dahulu bahawa, “Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan. .” [Perkara 3 (1)]. Menurut Perlembagaan, “kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong...dan kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri” [Perkara 39]. Oleh itu Perdana Menteri sebagai ketua jemaah menteri, hendaklah menjalankan pemerintahan dengan memenuhi sumpah DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk “...taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana Undang-undang dan Perlembagaan Negeri …mengaku dengan sesungguh dan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam..” [Jadual 4 Bahagian 1]. Oleh itu JIM berpandangan wajarlah Datuk Seri Najib menjadikan Islam sendi kepemimpinannya.
Melafazkan sumpah dengan menyeru nama Allah tiga kali adalah pengalaman yang syahdu. Ia mengingatkan tanggungjawab yang dipikul tidak dikongsi dengan orang lain. Itulah sebabnya para khalifah sentiasa memulakan pemerintahan mereka dengan mencari orang yang boleh membetulkan mereka jika mereka tersilap. Omar al-Khattab, khalifah yang kedua amat bersyukur ada sahabat yang sedia membetulnya walau dengan pedang. JIM mengesyorkan Datuk Seri Najib juga membuka ruang syura (consultation) yang luas dan mendengar teguran rakyat tanpa saringan.
Datuk Seri Najib mengambil alih teraju negara dalam suasana cabaran yang besar. Cabaran kemelesetan ekonomi dunia harus ditangani dengan mencari penyatuan kehendak politik (political will), kerjasama dan pelaksanaan langkah-langkah pemulihan yang adil. Cabaran kepada kewibawaan diri Datuk Seri Najib sendiri, seperti yang berhubung dengan urusan pembelian kapal selam Scopene, isu yang dikaitkan dengan kes Altantuya dan isu cubaan rasuah politik di Perak, hendaklah dijawab dengan menghilangkan sebarang rasa sangsi rakyat.. JIM mengesyorkan Datuk Seri Najib menjelaskan melalui saluran yang ada seperti di mahkamah atau kepada suatu suruhanjaya bebas. Berdiam diri atau mengambil tindakan menekan (suppression or repression) akan hanya mengesahkannya di dalam pemikiran rakyat.
Semoga Allah membimbing Datuk Seri.
Zaid Kamaruddin
Presiden
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia