Tuesday, December 2, 2008

SRI AL AMIN KT Dilanda Banjir !!

Tahun 2008 mencatatkan peristiwa yang agak jarang dialami masyarakat Kampung Padang Air. Kampung ini dilanda bah besar dek hujan yang tak henti henti selama 3 hari yang lalu. Jadi semua tempat tadahan hujan dipenuhi menyebabkan melimpah membanjiri seluruh kawasan berdekatan.


Surau SRIAAKT dinaiki air sehingga paras lutut (paras maksima dicatatkan pada hari selasa yang lalu). Kelas tingkat bawah sehingga paras peha. Meja guru dan pelajar, almari separuh rosak dibaham air, Juga terlibat buku-buku, al-Quran, ma'thurat dan lainlain.Hari ini air masih berada ditahap lutut di dalam kelas bawah manakala surau alhamdulilah telah kering.


Meja dan semua peralatan dipindahkan ke surau pada pagi tadi. Testimoni dari penduduk setempat, menyatakan bahawa hatta pada bah besar 1986 dahulupun tak pernah air naik ke surau. Ini dah kira fenomena luarbiasa di kawasan ini.
Kereta kereta penduduk masih lagi diletakkan di kawasan luar yang agak tinggi dan sampai sekarang masih belum dapat dilalui. Air separas tengah peha.


Doakan semua terkawal dan selamat.
hj Munawwar hj mohamad
Guru Besar
SRIAAKT

No comments: