Wednesday, July 22, 2009

MESYUARAT AGUNG DAERAH

Jemaah Islah Malaysia (JIM) adalah wadah dakwah dan tarbiyah. Setiap ahli yang membayar yuran adalah ahli yang bercita-cita bersama JIM untuk membina masyarakat yang lebih islamik dan dinamik. Kepedulian kita terhadap isu-isu masyarakat harus diterjemahkan dengan kerja berpasukan yang lebih kejab dan cemerlang. Antaranya ialah program-program rutin dan berkala yang dibuat untuk ahli dan masyarakat umum.
Tiba saatnya kita bermesyuarat agung sekali lagi. mesyuarat ini amat penting bagi ahli yang merasakan dirinya bertanggungjawab kepada Jamaah, dan ingin berbakti tanpa upah untuk membangunkan ummah. Kepada ahli-ahli sebegini, ahlan wa sahlan, kedatanganmu dinantikan dan semarakkanlah MAD dan MAWD kita dengan komitmen dan idea hebat kalian.
Pengerusi dan AJK JIM daerah Kuala Terengganu berharap agar MAD kita kali ini akan lebih berjaya dan bersemarak dari tahun-tahun yang lepas dan marilah sama-sama kita buktikannya.
Allahuakbar
BERSAMA ISLAM MEMBINA MASYARAKAT.

No comments: