Monday, April 27, 2009

HARI SUKAN SRIAAKT 2009






Sabtu 25 April 2009: Alhamdulillah, hari sukan sekolah SRIAAKT telah dapat dilangsungkan dengan jayanya dengan penyertaan hampir keseluruhan pelajar SRI Al-Amin KT , lebih kurang 100 orang ibubapa dan juga guru-guru serta staff al-amin. Hari sukan ini berlangsung di Padang SRIAAKT, Padang Air.

Majlis dimulakan tepat jam 8.00 pagi dengan perbarisan masuk anak-anak ke padang dalam rumah sukan masing-masing. Hari sukan dirasmikan oleh Wakil ALP iaitu Tn Haji Rosidi Ali, S/U Alp SRIAAKT.


Secara keseluruhannya, perjalanan hari sukan kali ini diperakui antara yang paling meriah pernah dianjurkan. Pengarahnya, Mualimmah Maziah dan DJ hari sukan yang tak kering gusi berceloteh , Mualllim Wan Ahmad Zuki telah berjaya menghidupkan suasana. Tiada sebarang kejadian yang tak diingini berlaku. Seminggu sebelum itu telah diadakan acara merentas desa di mana pelajar berlari merentas desa sejauh 3 km untuk tahap 2 dan 2 km untuk tahap 1.

Di penghujung hari sukan, diadakan acara ibubapa iaitu: Untuk bapa, acara bolajaring dan golek rim motorsikal manakala untuk para ibu, acara bolajaring dan lempar gelung. Acara2 ini sememangnya acara kemuncak dengan sokongan padu pelajar2 al-amin terutama kepada guru-guru mereka sehingga menenggelamkan kepopularitian ibu dan bapa sendiri. Alhamdulilah ramai bakat-bakat baru dalam acara bolajaring dari pihak bapa yang boleh diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi, seperti En Ahmad Nasidi (seorang pelukis), En Baidhawi (eksekutif Petronas). Dalam acara golek rim motorsikal pula, orang yang paling laju ialah perasmi sendiri, En Rosidi Ali tetapi dia tidak dapat dibantu oleh orang lain yang menyebabkan pasukannya kecundang dalam acara itu.


Akhirnya, Rumah Hijau dengan markah keseluruhan 192, dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Akhir majlis, penyampaian hadiah dengan penuh meriah diadakan, diselangi dengan cabutan nombor bertuah untuk mendapat lebih 30 buah hampers yang disediakan. Hari sukan SRIAAKT tamat jam 1.00 petang dan semua pulang dalam keadaan puas hati.

Keesokannya (ahad) , cuti peristiwa dan semalam (isnin) seramai 11 orang pelajar masih tak hadir ke sekolah kerana demam.







Sekian dimaklumkan






No comments: