Wednesday, April 29, 2009

KARNIVAL SUKAN NEGERI 2009

Karnival Sukan Negeri menjelang lagi. Tanggal 2 Mei 2009 ini bakal menyaksikan hebatnya pertembungan gergasi-gergasi sukan ikhwah dan akhawat bertanding merebut kejuaraan yang disandang oleh Kemaman pada edisi lalu. Cuma pada edisi kali ini , nampaknya 2 acara menjadi rebutan iaitu acara badminton dan bolatampar. Secara kebetulannya dua acara ini sememangnya menjadi kekuatan tradisi pasukan Kuala Terengganu.

Pasukan KT awal-awal lagi melaungkan amaran kepada pencabarnya agar bersiap sedia dismash dan dibedil oleh ketangkasan pemain-pemainnya. Namun nampaknya Kemaman sedang menajamkan kukunya dengan penyertaan ramai pemaain2 berbakat diketuai oleh Uncel Muzahar. Sementara Dungun dilihat bersifat underdog yang lebih gemar menunjukkan aksi di gelanggang dan bukan di medan maya. Mungkin mereka telah menyediakan strategi yang cukup ampun yang akan menenggelamkan keriuhan KT dan Kemaman. Sama-samalah kita saksikan kesudahannya nanti.

Secara umumnya, semoga Karnival ini berjalan lancar dan disertai oleh ramai athlit2 ikhwah. Jadikan ia antara program yang meriah dan mendapat sambutan walaupun kekangan amal kita di sana dan di sini. Ambillah kata-kata Imam Al-Banna: Riadhah kita adalah untuk mendidik jiwa dan bukan meninggikan kepala.


Ar-Ruhul Jadid Fi Jasadil Ummah
Hai Mujahid Luluh lantakkan jiwa pendosa
kami semangat baru
siap sedia menghancur musuh-musuh
kami tentera Allah
Sanggup korbankan harta bahkan jiwa.

Allahuakbar

2 comments:

sufi.mardhatillah said...

hehehe..akhirnya kemaman menepati ramalan menjadi juara..KT tak bawak pasukan akhawat, tu yang WJIM Kemaman menang bosar tu!!

sufi.mardhatillah said...

sabar ajelah KT. Tahun depan kita usaha lagi. Persis mujahidin yang tak pernah putus asa. Yang penting seharian tu puas hati main memanjang. Hari-hari lain jarang keluar peluh pun. Nostalgia terindah bermain bola tampar sehingga kekeringan dan mengelupas kulit muka. Tahun depan KT berazam merebut kembali johan bola tampar. Ini azam.